Jadilah Jutawan Akhirat

|

Alhamdulillah,segala puji-pujian hanya layak untuk Allah ,Rabb sekalian alam.Syukur kepada Allah dapt sekali lagi buat posting ke blog ni. Sebenarnya diri ini terlupa mcmne nak buat posting baru,almaklum dah melankau usia hampir separuh abad,alhmdllah syukur Allah bagi peluang lagi.

Oleh itu kali ini nak kongsi bersama mcmne nak jadi jutawan akhirat. Sama-sama kita usahakan jadi ye.....

TINGKATAN PEMBACA AL-QUR’AN

JUTAWAN - Membaca 300 hingga 1000 ayat setiap malam

JAYAWAN - Membaca 200 hingga 299 ayat setiap malam

SETIAWAN - Membaca 100 hingga 199 ayat setiap malam

PEMELIHARA -Membaca 50 hingga 99 ayat setiap malam

YANG INGAT - Membaca 10 hingga 49 ayat setiap malam

YANG LALAI Membaca 0 hingga 9 ayat setiap malam

SURAH-SURAH PILIHAN .

1. SURAH YAASIN

2. SURAH AL-KAHFI

3. SURAH AL-MULK

4. SURAH AL-WAQI’AH

5. SURAH AD-DUKHAN

6. SURAH AR-RAHMAN

Langkah bermula

|

Alhmdulillah,segala puji hanya layak untuk Allah tuhan sekalian alam,selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Syukur kehadrat ilahi kerana dilimpahkan nikmat kurnia yang tak terkira banyaknya dan terutamanya limpah kurnia rahmat Iman dan Islam.

Syukur juga kerana masih diberi nyawa untuk menjalani kehidupan ini, inilah langkah mula untuk diriku mensyukuri nikmat , agar waktu-waktu lapangku dimanfaatkan untuk dakwah ilallah di alam cyber, kongsi ilmu dan pengalaman sesama insan sebelum Allah memanggilku bertemu denganNya.

Semoga ruangan ini menjadi ruangan bagi mereka-mereka yang digolongkan Allah
"........... orang-orang yang beriman dan beramal soleh,berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran"