AWAS! BAHAYA ZINA

|


Wahai anak-anak kesayanganku,

Allah berfirman: Surah Al-Isra' ayat 32

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji . Dan suatu jalan yang buruk.

Jauhi 4 cara mendekati zina:

1.Memandang aurat wanita termasuk wajahnya.
2.Mendengar suara , nyanyian wanita yang bukan muhrim
3.Pergaulan bebas lelaki dan wanita
4.Berdating atau berdua-duaan lelaki dan wanita bukan mahram

Inilah buktinya....

Melati (bukan nama sebenar) pelajar perempuan tingkatan 5, pencapaian akademiknya agak baik,tiada masaalah disiplin di sekolah.Tetapi di luar, pergaulan bebas, sehingga teman lelakinya sering datang ke rumahnya,begitu intim hubungan mereka seolah-olah direstui oleh ibu bapa mereka.

Setelah beberapa lama,terjadilah pertengkaran antara ibu dan anak,Melati lari dari rumah.
Ibunya membuat laporan polis,4 hari selepas itu mayat Melati dijumpai di dalam hutan dalam keadaan yang mengerikan.

Teman lelakinya ditangkap dan sedang di tahan polis berhubung dengan pembunuhan Melati.

Inilah kisah benar-benar yang berlaku, Awas ! malang tidak berbau

Ramai remaja bila di tegur berdating, mereka akan menjawab: Biasalah cikgu.kami tak buat apa
pun semua orang nampak kami.Kami hanya sembang-sembang je.

Sebenarnya : Pada saat seorang perempuan itu mengatakan "Ya" untuk berjumpa/berdating
saat itu lah dia mulakan langkah ke jalan yang keji...

Yakinlah dengan firman Allah: surah AN-Nur ,ayat 26

" Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji(pula). Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik(pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka(yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia(syurga).

JAUHI ZINA....






No comments:

Post a Comment