MIMPI,REZKI,TAQWA

|


Alhmdulillah , syukur kerana masih diberi peluang berada di alam maya ini.Selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

Dah sebulan x update blog,x de idea dan kesempatan.

cuma kali ni nak kongsi cerita mimpi. Hamba ni selalu mimpi baby,pegang,tengok,jaga baby orang lain.Baru ni mimpi lagi,selalunya kalu ada benda/kerja kena buat ,mimpi lah ,kate orang mimpi baby tu dpat rezki,tapi mimpi para nabi adalah wahyu , dan mimpi baik-baik pun dari Allah juga. Mana da orang boleh reka-reka mimpi,tipu-tipu bolehlah.Tapi ada orang mimpi berjumpa nabi,wah itu sudah kira bertuah tu.Syukurlah..
Kadang-kadang mimpi buruk dan x elok,banyak-banyak dah istighfar,kita chek lah diri kita dan kehidupan kita,sebelum tidur dan selepas bangkit,chek niat-niat kita,chek amala-amalan kita sebelum tidur,takut juga terus tertidur selama-lamanya .

Bulan ni (Julai,musim buah,mcm2 ada... banyak pulak tu...) sila tengok..ni baru kat belakang umah aje... sampai tak larat dah nak makan... sampai hampir 10 kereta tolak tu bagi kat jiran-jiran, sdara2 yang jauh-jauh tu kalu ada kelapangan mailah....

Hamba paksa juga buat tempoyak dan icecream , lum buat lempok lagi sebab x larat dan tak de masa.

Hamba yakin mimpi,rezki dan taqwa adalah rezki Allah bagi untuk orang-orang yang bertaqwa, seperti termaktub dalam surah At-Talaq ayat 2-3

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niiscaya DIa akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberi rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

Oleh itu marilah kita tingkatkan ketaqwaan kepada Allah,Tiadalah kedudukan yang paling tinggi di sisi Allah kecuali kedudukan orang-orang yang bertaqwa.
Sesungguhnya Allah kasih kepada org-org yang bertaqwa.

Siapakah orang yg bertaqwa itu? apakah sifat-sifatnya? sudahkah kita mengamalkan dalam kehidupan kita? Hamba ni masih banyak tak tau,sama-samalah kita ingat mengingati dan lengkap melengkapi.

sekian dulu,insyallah jumpa lagi.

1 comment:

hood@sunny said...

Bestnye mkn durian...
siapa2 yg berkelapangan dan terliur nk makan, silalah jd tetamu kami..
tlg mknkan ^^

Ummi, kitorang sedap mkn anggur n balah(kurma)
huhu, saje nk bg ummi jeles jugak ... hehehe

doakan permusafiran km ke matruh bawa km lebih dkt ngn Allah..

Post a Comment