Habbah Barakah

|

Assalamualaikum semua muslimin dan muslimat,

Alhamdulillah,Segala puji-pujian hanya layak kepada Allah dan selawat salam kepada junjungan nabi besar khatamul anbiya , bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan kasih sayang Nya, Allah pilih kita sebagai khalifahNya dan HambaNya,dan kita masih bernyawa sehingga saat ini. Sesungguhnya Allah Maha Baik,Maha kasih, dan mempunyai Nama-nama yang Agung.

Syukur juga kerana diberi kekuatan dan kesempatan nak update blog yg dah bebulan tak berubah.

Sebenarnya tujuan update ni nak sampaikan ayat2 Al-Qur'an atau hadith2 rasulullah tentang pemakanan yang menjadi sunnah Nabi s.a.w. dalam pengiklanan jualbeli habbatussauda' jenama BARAKAH.


Pertama: Habbatussauda' (bijirin hitam)

Drpd Abu Hurairah R.A. Rasulullah SAW bersabda:

(( عليكم بهذه الحبّة السوداء . فإن فيها شفاء من كل داء, إلا السام ))

-AtTirmidhi, Ahmad dan Ibnu Hibban-

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

“Sesungguhnya pada Habbatus sauda’ itu terdapat penawar (penyembuh) bagi semua penyakit kecuali al-Sam, “saya bertanya apakah al-Sam itu? Baginda menjawab, kematian. ( Sahih Bukhari 5687 )


“Tidak ada satupun penyakit melainkan dalam Habbatus Sauda’ terdapat kesembuhan baginya, kecuali kematian.”( Sahih Muslim 2215 )

Kandungan dan khasiat bijirin hitam:

1. Asid lemak tidak tepu (polyunsaturated fatty acids)

2. Protein

3. Riboflavin

4. Kalsium

5. Zat besi

6. Thiamin

7. Fosforus

8. Tembaga

9. Zink

10.Beta sistosterol (anti kanser)

11. Asid lemak tepu (saturated fatty acids)

12. Karbohidrat

13. Serat

14 . Asid-asid amino penting yg tidak dihasilkan oleh bdn manusia.

15. Anti histamin (mengawal proses alahan dlm asma/lelah)

16. Anti kulat

17. Antibiotik

18. Bahan pengembang saluran nafas (bronchodilator effects)


Asid lemak tak tepu mampu menghasilkan Prostaglandin E1 yang menjadi bahan penting dalam sistem pertahanan badan. Dr Peter Schleicher, seorang pakar dalam bidang imunologi di Munich pernah mengadakan ujian ke atas 600 org pesakit dgn menggunakan bijirin hitam ini, dan mengesahkan 70% drpd pesakitnya sembuh drpd alahan. Beliau mendapati minyak habbatussauda' (bijirin hitam) juga boleh merawat demam, selesema dan influenza.

Dr. ElKadi dan Dr. Kandil juga mengesahkan hal ini apabila mereka menjalankan ujian kpd 2 kumpulan sukarelawan pada tahun 1986. Kumpulan pertama diberi segram kapsul bijirin hitam, 2 kali sehari selama 4 minggu. Dan kumpulan kedua pula hanya diberi kapsul kosong (placebo). Kadar sel-sel darah putih (complete lymphocyte count) dikenalpasti sebelum dan selepas kajian dilakukan. Terbukti daya ketahanan sel darah putih (T- helper to T supressor cells ratio) sukarelawan yg mengambil kapsul bijirin hitam meningkat sebanyak 72% dan sebaliknya kumpulan kedua menurun sebanyak 7%. Kajian ini disahkan oleh kajian lain yang dilakukan oleh Dr. Basil Ali dan kumpulannya dari Kolej Perubatan Universiti Raja Faisal. hasil kajian ini dimuatkan dalam Saudi Pharmaceutical Journal pada tahun 1993. Dr. Haq dari Pusat Penyelidikan Biologi dan Perubatan di Riyadh, Arab Saudi juga mengesahkan kebenaran penemuan ini pada 1997.

Khasiat Minyak Habbatus Sauda’ (ekstrak drpd bijirin hitam):

1. Membantu melawan racun ular berbisa, labah-labah dan binatang berbisa lainnya.

2. Penyakit buasir.

3. Sukar bernafas.


Cara menggunakannya:

Satu sudu minyak bijirin hitam setiap pagi dan malam sebelum makan atau selepas makan dengan air suam

Jika bijirin ini ditumbuk, bancuh bersama madu dan minum dgn air suam, i-allah boleh mengurangkan batu dalam buah pinggang dan kelenjar prostat. Ia juga melawaskan kencing, melancarkan haid dan penghasilan susu badan.

Jika bijirin ini digoreng dan ditumbuk halus, direndam dlm minyak kemudian dititis ke dalam hidung i-allah akan melegakan demam selesema dan bersin yg teruk.


INSYAALLAH MUJARAB DENGAN IZIN ALAH DAN TIADA KESAN SAMPINGAN

* petikan daripada buku Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden (Dr. Danial Zainal Abidin) dan Healing with the medicine of Prophet PBUH (Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyah)


Utk keterangan lebih lanjut, hubungi:

Kamaliah bt Tahir

288, Kg. Seberang Pekan,

09100, Baling, Kedah.

044706595

0194488865



1 comment:

Gomok said...

bgos2...sye da cube da..
alhamdulillah..ahkirnya sya sembuh jge..

Post a Comment